awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Etiqa bina rumah bagi mangsa banjir yang hilang kediaman

Bernama
Bernama
18/01/2015
03:01 MYT
Etiqa bina rumah bagi mangsa banjir yang hilang kediaman
Ahmad Nasaruddin berkata pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.
Etiqa Insurance & Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.
Timbalan presidennya Ahmad Nasaruddin Hamzah berkata sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembinaan rumah di Kelantan manakala bakinya di Pahang.
"Langkah itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah penempatan semula mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah akibat bencana banjir bulan lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kampung di Pulai Chondong di sini, malam tadi.
Ahmad Nasaruddin berkata pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.
Beliau berkata bagi penduduk yang hilang punca pendapatan akibat banjir, pihaknya akan menggalakan mereka berniaga secara kecil-kecilan.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan antaranya tong gas, dapur, kain telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala kepada 280 penduduk.
Topic Berkaitan
#Ahmad Nasaruddin Hamzah
#ETIQA
#mangsa banjir
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan