awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 jenama tempatan terima Anugerah Superbrands Malaysia 2019

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2019
00:01 MYT
28 jenama tempatan terima Anugerah Superbrands Malaysia 2019
Darell (tiga kanan) bersama sebahagian penerima Anugerah Superbrands Malaysia malam tadi. Astro AWANI
Sebanyak 28 jenama tempatan dipilih sebagai penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019 dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Ia sebagai memberi pengiktirafan terhadap jenama terbaik dan paling bernilai di pasaran.
Penganjuran edisi kali ke-11 anugerah tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
Sejumlah 1,468 jenama utama tempatan telah dijaring menerusi pemilihan Majlis Profesional Superbrands serta undian dalam talian sebelum jenama terbaik dipilih.
Dalam ucapannya, Darell berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merupakan salah satu agensi yang banyak membantu dalam mengeksport dan mempromosi produk tempatan.
"Saya percaya, Superbrands boleh bekerjasama dengan Matrade mencari titik persamaan untuk menjual produk yang diiktiraf ini di merata dunia.
"Ini kerana, pengeksportan adalah penting untuk Malaysia. Apabila kita eksport barangan buatan Malaysia, orang akan mula percaya kepada negara kita.
"Tetapi, perlu dipastikan, barangan kita kompetitif di serata dunia," kata Darell.
Antara yang menerima Anugerah Superbrands kali ini ialah syarikat Acer, Eco Ware, V Asia Cosmetics, Das Abdul Global dan Little Caliphs International.
Penyampaian anugerah disempurnakan Darell, disaksikan Pengarah Superbrands Mike English.
Topic Berkaitan
#Darell Leiking
#jenama
#Matrade
#pasaran
#perdagangan
#Superbrands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan