awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 peratus sasaran kutipan cukai berjaya dikutip hingga 31 Mei

Bernama
Bernama
15/06/2017
00:09 MYT
35 peratus sasaran kutipan cukai berjaya dikutip hingga 31 Mei
Sabin (gambar) memaklumkan nilai cukai tertunggak buat masa ini berjumlah antara RM3 bilion dan RM4 bilion yang terkumpul sejak beberapa tahun lepas. - Gambar fail
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 31 Mei lepas telah berjaya mengutip sekitar 35 peratus daripada RM127.7 bilion sasaran cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.
"Alhamdulillah ia satu kutipan yang memuaskan, dan dijangka pada suku tahun ketiga dan keempat nanti apabila syarikat-syarikat membuat pindaan kutipan cukai mereka kita akan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya kepada media di sini pada Rabu.
Pada tahun lepas, LHDN telah berjaya mengutip cukai sebanyak RM114 bilion.
Dalam pada itu Sabin turut memaklumkan nilai cukai tertunggak buat masa ini berjumlah antara RM3 bilion dan RM4 bilion yang terkumpul sejak beberapa tahun lepas.
Terdahulu Sabin meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dari sekitar daerah Puchong, Sepang, Banting dan Kajang di Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#Kajang
#kerajaan
#LHDN
#nilai
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan