awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 peratus golongan mewah Malaysia mempunyai matlamat baharu - Tinjauan StanChart

Bernama
Bernama
24/11/2021
10:05 MYT
83 peratus golongan mewah Malaysia mempunyai matlamat baharu - Tinjauan StanChart
Hampir separuh rakyat Malaysia yang ditinjau telah menetapkan matlamat untuk mempunyai persaraan yang lebih selesa, manakala 43 peratus mahu meningkatkan tahap kesihatan mereka.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majoriti golongan mewah Malaysia iaitu 83 peratus telah menetapkan matlamat hidup serta keutamaan yang baharu selepas pandemik untuk menjadi lebih fokus kepada masa hadapan, menurut tinjauan terkini Standard Chartered (StanChart).
Dalam Laporan Jangkaan Kemewahan 2021, bank itu berkata hampir separuh (48 peratus) rakyat Malaysia yang ditinjau telah menetapkan matlamat untuk mempunyai persaraan yang lebih selesa, manakala 43 peratus mahu meningkatkan tahap kesihatan mereka.
"Untuk memenuhi matlamat baharu mereka, golongan berkemampuan ini memerlukan strategi baharu bagi mengembangkan kekayaan mereka, yang biasanya melibatkan pelaburan yang lebih proaktif dan bukan semata-mata ke arah menyimpan wang tunai.
"Bagaimanapun, 'jurang keyakinan' semasa mereka telah menyebabkan ramai yang mengelak risiko, yang akhirnya menghalang mereka daripada meletakkan wang untuk bekerja melalui pelaburan atau menggunakan alat digital yang memudahkan pengurusan kekayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kaji selidik dalam talian itu telah dijalankan di 12 pasaran pada Jun dan Julai 2021. Di Malaysia, terdapat 1,037 responden yang kaya dan bernilai bersih tinggi (HNW).
StanChart berkata tiga faktor yang biasa memberi kesan kepada keyakinan golongan mewah ini adalah ketidaktentuan dalam pasaran kewangan (36 peratus), kebimbangan jika mendapat pulangan pelaburan yang lemah (32 peratus) dan keraguan atau ketidakpastian sekitar komitmen terhadap keputusan pelaburan (27 peratus).
Laporan itu juga menunjukkan bahawa permulaan lewat untuk perancangan persaraan, digabungkan dengan 'jurang keyakinan' yang berpunca daripada pandemik, menyebabkan sebahagian besar pengguna kaya ini berhadapan risiko kekurangan untuk persaraan mereka.
"Di Malaysia, 28 peratus orang tidak menyimpan atau melabur untuk persaraan. Bagi mereka yang berbuat demikian, pendapatan pelaburan (55 peratus) dan simpanan/deposit tunai (45 peratus) adalah sumber pendapatan yang paling biasa dijangka dalam persaraan.
"Pada masa yang sama, 50 peratus merancang untuk bersara sebelum usia 65 tahun dan sejak 18 bulan lepas, 19 peratus telah menetapkan matlamat kewangan baharu bagi tujuan bersara awal," katanya, sambil menambah ini mencerminkan jurang tindakan semasa dan jangkaan masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tinjauan StanChart
#golongan mewah
#pandemik
#matlamat hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan