awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus rakyat M'sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan - Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/01/2018
12:37 MYT
90 peratus rakyat M'sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan - Khairy
Khairy disertai Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Datuk Zaiton Mohd Hassan, turut melancarkan PRS Online. - Astro AWANI/Firdaus Azil
Statistik yang menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan sederhana (simple lifestyle) selepas lima tahun usia persaraan sangat membimbangkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Katanya lagi, data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan majoriti pemegang akaun hanya mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 sahaja.
Khairy berkata, isu simpanan untuk hadapi usia persaraan mempunyai implikasi kerana Malaysia bakal menghadapi situasi penuaan masyarakat (ageing society) di mana menjelang 2035, negara ini akan mempunyai lebih banyak individu berusia 65 tahun ke atas berbanding 15 tahun ke bawah.
“Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jangka hayat manusia dijangka meningkat ke umur 80 tahun secara global, dan di sini (Malaysia) mungkin sampai 90 tahun. Ramai orang masih aktif ketika di umur 90 tahun hari ini, terutamanya dalam politik. Jadi ini akan menimbulkan isu.
“Tetapi apa yang kita melihat hari ini adalah jangka hayat meningkat, dan juga kita akan jadi masyarakat lebih tua atau penuaan masyarakat, tetapi dari segi persediaan kita untuk hadapi senario tersebut, saya sangat bimbang,” katanya ketika berucap di majlis Transformasi Nasional 2050 – Private Retirement Scheme (TN50-PRS) Youth Event, di Bangunan Suruhjaya Sekuriti (SC), di sini hari ini.
YB @Khairykj , Tan Sri Dato' Seri Ranjit Ajit Singh dan Datuk Zaiton Mohd Hassan pada Majlis Pelancaran hari ini. #TN50 #TN50PRS pic.twitter.com/ah3uM58JIf
— TN50 (@myTN50) January 26, 2018
YB @Khairykj melakukan 'walkabout' ke booth2 pameran setelah selesai Majlis Pelancaran TN50 PRS Youth Event 'Building Savings for the Future' hari ini. #TN50 #TN50PRS pic.twitter.com/bZOnrgGMt8
— TN50 (@myTN50) January 26, 2018
TN50 PRS Youth Incentive ini adalah skim persaraan di mana belia berumur 20-30 tahun yg membuka akaun PRS akan menerima insentif sebanyak RM1,000 yg diberikan satu kali jika simpanan mereka mencecah RM1,000 pada tahun 2018. #TN50 #TN50PRS pic.twitter.com/do1cBm6SNA
— TN50 (@myTN50) January 26, 2018
Beliau berkata, sehubungan itu, rakyat, terutamanya golongan muda, digesa agar melakukan simpanan persaraan seawal yang mungkin, sebagai langkah persediaan menghadapi hari tua nanti.
TN50-PRS merupakan kolaborasi antara KBS dan SC untuk menggalakkan persediaan persaraan, serta penyertaan lebih ramai anak muda dalam skim itu.
Melalui inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menyimpan jumlah minima RM1,000 ketika membuka akaun PRS akan menerima RM1,000 lagi daripada kerajaan.
Ini merupakan susulan daripada insentif kerajaan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018, pada Oktober tahun lepas.
Sewaktu di majlis itu, Khairy, dengan disertai Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, dan Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Datuk Zaiton Mohd Hassan, turut melancarkan PRS Online, sebuah platform atas talian yang membolehkan rakyat membuka akaun PRS melalui laman web (http://www.ppa.my).
Topic Berkaitan
#bajet
#Belia
#EPF
#KBS
#kerajaan
#Khairy Jamaluddin
#KWSP
#Malaysia
#menteri
#Najib Razak
#PBB
#penuaan masyarakat
#Perdana Menteri
#politik
#rakyat Malaysia
#simpanan
#UN
#usia persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan