awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
00:00 MYT
Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Pembukaan secara besar-besaran pada Sabtu itu yang dihoskan Keanu Azman dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Astro terus komited memberikan pengalaman terbaik buat pelanggannya dengan terbaharu, meraikan pembukaan Astro Experience Store, antara yang terbesar di IOI City Mall, di sini, pada Sabtu.
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.
Bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, selepas sambutan hangat di kedai pertama di Pulau Pinang, Astro mahu membawa pengalaman sama ke Kuala Lumpur pula.
Menurutnya, rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan menarik menerusi tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO.
“Kami mempunyai aplikasi terbaik dan kandungan terbaik di seluruh dunia sekarang untuk memenuhi semuanya, dalam satu tempat, semuanya dalam satu bil, semuanya pada kotak anda.
“Juga kini, kami adalah syarikat jalur lebar, kami adalah syarikat penstriman dan ia bukan semuanya mengenai satelit, ia berkaitan penstriman.
“Kami juga mempunyai perkhidmatan baharu Astro Fibre, iaitu perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang hebat, kebolehpercayaan yang hebat, aplikasi baharu yang baik, membolehkan anda menjalankan segala-galanya secara serentak.
“Semuanya disambungkan sebaiknya kepada televisyen.
"Kami beranggapan ini adalah masa depan untuk hiburan di rumah,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri program pembukaan Astro Experience Store, di sini, pada Sabtu.
Pembukaan secara besar-besaran pada Sabtu itu yang dihoskan Keanu Azman dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Datuk Syafinaz Selamat.
Selain itu, ia turut diserikan dengan penampilan maskot Mechamato, sesi bertemu peminat bersama pelakon Projek: High Council dan banyak lagi aktiviti menarik.
Astro Experience Store yang berada di tingkat tiga, IOI City Mall menyediakan ruang hebat untuk pelanggan mencuba semua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Experience Store
#Euan Smith
#IOI City Mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan