awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Perjalanan Dunia pilih AirAsia sebagai penerbangan kos rendah utama

Bernama
Bernama
13/12/2015
11:23 MYT
Anugerah Perjalanan Dunia pilih AirAsia sebagai penerbangan kos rendah utama
AirAsia berazam mengukuhkan perkhidmatan dan rangkaiannya, selain penambahbaikan ke atas aplikasi mudah alih dan laman web. - Gambar fail
Kumpulan AirAsia memenangi anugerah 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' buat tahun ketiga berturut-turut pada pemilihan akhir Anugerah Perjalanan Dunia 2015 yang berlangsung di Maghribi.
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata ia juga memenangi kategori 'Laman Web Syarikat Penerbangan Kos Rendah Utama' dan 'Aplikasi Syarikat Penerbangan Utama Dunia' buat kali pertama.
"Ini bukti sebenar usaha yang kami telah lakukan bagi mengukuhkan perkhidmatan dan rangkaian kami, selain beberapa penambahbaikan ke atas aplikasi mudah alih dan laman web kami.
"Kami komited untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan pengguna, dan berusaha untuk melepasi aplikasi penerbangan untuk tetamu kami pada 2016," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
Anugerah Perjalanan Dunia itu memperakui, menghargai dan meraikan kecemerlangan industri perjalanan dan pelancongan dunia merentas semua sektor.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#anugerah perjalanan dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan