awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN berdepan kadar tinggi campur tangan industri tembakau

Bernama
Bernama
29/11/2017
07:50 MYT
ASEAN berdepan kadar tinggi campur tangan industri tembakau
Indeks tersebut merupakan laporan yang menjejaki tindakan kerajaan dalam melindungi polisi kesihatan mereka daripada campur tangan dalam industri tembakau. - Gambar hiasan
Brunei menduduki tempat teratas Indeks Campur Tangan Industri Tembakau diikuti Filipina kerana memiliki rekod yang baik dari segi pelaksanaan Perkara 5.3 Kerangka Kerja Pengendalian Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh ASEAN, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA).
Bagaimanapun, kedua-dua negara tidak mencapai kemajuan dalam memperkasa pelaksanaan Perkara 5.3, lapor Agensi Berita Vietnam.
Indeks itu, yang keempat dalam siri ini, adalah satu laporan yang menjejaki tindakan kerajaan dalam melindungi polisi kesihatan mereka daripada campur tangan industri tembakau.
Laporan itu menyebut Vietnam telah melakukan penambahbaikan marginal namun masih menunjukkan campur tangan industri di peringkat tinggi, manakala Malaysia dan Myanmar menunjukkan campur tangan industri yang lebih besar.
FCTC WHO telah diguna pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 21 Mei 2003 dan telah berkuat kuasa dua tahun kemudian.
Perkara 3 hingga 5 menetapkan objektif, prinsip yang menjadi pedoman dan kewajipan umum yang diterapkan oleh perjanjian.
WHO menganggarkan bahawa merokok adalah punca tujuh juta kematian setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Brunei
#FCTC
#Filipina
#indeks
#Indeks Campur Tangan Industri Tembakau
#Kerangka Kerja Pengendalian Tembakau
#Malaysia
#Myanmar
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#rokok
#tembakau
#Vietnam
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan