awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASNB umum dividen RM6.50 seunit bagi ASM

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2013
10:44 MYT
ASNB umum dividen RM6.50 seunit bagi ASM
Amanah Saham Nasional (ASNB) mengumumkan dividen RM6.50 seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu turut mengumumkan pengagihan pendapatan khas RM0.30 seunit sebagai tanda penghargaan terhadap pelabur bagi sokongan mereka.
Pengagihan pendapatan RM6.80 seunit itu lebih tinggi daripada RM6.50 seunit yang dibayar pada tahun lepas.
Pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran keseluruhan RM913,085 juta, peningkatan 11.6 peratus berbanding RM818,062 juta tahun lepas.
Pembayaran akan memanfaatkan 542,809 pemegang unit yang kini memegang 13.44 bilion unit ASM.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata pengagihan pendapatan itu berpotensi mencatatkan sehingga RM8.40 seunit.
Tetapi kumpulan memutuskan untuk membawa ke hadapan baki RM1.60 seunit ke tahun kewangan akan datang.
Transaksi ASM di semua cawangan dan agen di seluruh negara akan digantung mulai 26 hingga 31 Mac bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing mulai 1 April.
Topic Berkaitan
#ASM
#ASNB
#dividen
#tahun kewangan berakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan