awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: MOF terbit 4 KKA, ruang maklum balas pelbagai pihak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/09/2021
03:57 MYT
Bajet 2022: MOF terbit 4 KKA, ruang maklum balas pelbagai pihak
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, empat KKA itu merupakan pelengkap kepada kenyataan Pra-Bajet 2022 yang dikeluarkan pada Selasa lalu. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menerbitkan empat Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha menambah baik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan bajet tahunan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, empat KKA itu merupakan pelengkap kepada kenyataan Pra-Bajet 2022 yang dikeluarkan pada Selasa lalu.
"MOF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Menurut beliau, KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mof.gov.my. selewat-lewatnya pada pukul 5 petang, 15 September 2021.
Empat KKA tersebut ialah:
Penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan Berkaitan Barangan/ Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera
Menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar penggunaan barangan/ perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan syarikat Bumiputera. Ini antara lainnya adalah bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import;
Penambahbaikan Program Bantuan Tunai
Mengenal pasti masalah, keperluan dan kaedah yang berkesan dalam penyampaian bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19;
Kajian Insentif Cukai
Merangkumi kajian semula rangka kerja insentif cukai pelaburan secara menyeluruh, bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan lanskap semasa perniagaan. Ia juga bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara; dan
Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act (FRA)
Ia bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara, termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#bajet 2022
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kertas Konsultasi Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan