awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun

Bernama
Bernama
05/06/2020
21:42 MYT
BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.
Berjaya Corporation Bhd (BCorp) telah memenangi bidaan untuk bekerjasama dengan dua syarikat bagi membangunkan sebuah hotel mewah global dan kondominium di Daerah Nishi, Yokohama, Jepun.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BCorp berkata ia akan mengadakan usaha sama dengan Marubeni Corporation dan Daiwa House Industry Co., Ltd untuk membangunkan hotel mewah dan kondominium, serta sebuah akuarium serta kedai runcit di tapak seluas 22,188,34 meter persegi di 3-2, 6-chrome Minato Mirai, Daerah Nishi.
Projek cadangan yang dianugerahkan City of Yokohama itu dijangka akan bermula pada Oktober, 2022 dan siap pada bulan Mac, 2026.
BCorp berkata pihaknya telah memperolehnya secara eksklusif melalui Surat Hasrat (LOI) untuk membawa masuk jenama hotel mewah global Four Seasons Hotels and Resorts untuk menguruskan hotel tersebut.
"Selain itu, restoran dan kedai yang akan dibuka di tepian dianggap jarang ada di bandar Yokohama," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BCorp Tan Sri Vincent Tan berkata BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.
"Saya yakin penjenamaan dan pengurusan Four Seasons yang berprestij bersama dengan lokasinya yang strategik di Yokohama akan memberi nilai tambah kepada projek ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akuarium
#BCorp
#Berjaya
#Berjaya Corporation
#bidaan
#Daiwa House Industry
#digital
#eksklusif
#hotel mewah
#Jepun
#kehidupan laut
#Marubeni Corporation
#teknologi
#Vincent Tan
#Yokohama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan