awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2024
10:42 MYT
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Anwar berkata, kerajaan telah menaikkan kadar kepada RM300 juta tahun ini berbanding RM16 juta kepada Sarawak manakala Sabah mendapat RM125.6 juta. - Gambar Japen
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.

Ringkasan AI
  • Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tahun ini kerajaan telah menaikkan kadar kepada RM300 juta berbanding RM16 juta kepada Sarawak manakala Sabah mendapat RM125.6 juta.
  • Jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah menaikkan kadar kepada RM300 juta tahun ini berbanding RM16 juta kepada Sarawak manakala Sabah mendapat RM125.6 juta.
Malah menurutnya, peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.
‘’Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ringgit ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah).
‘’Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta ringgit,’’ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Jelas Anwar, Kerajaan MADANI terus komited menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ujarnya, isu itu juga tidak harus dipertikai kerana perhatian khusus sentiasa diberi kepada Sabah dan Sarawak.
Kata Anwar, jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih.
Pada pembentangan Belanjawan 2024, RM12.4 bilion diperuntukkan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan di Dewan Rakyat tahun lalu berkata, sebanyak RM6.6 bilion diperuntukkan kepada Sabah, manakala RM5.8 bilion lagi untuk Sarawak.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Perjanjian Malaysia 1963
#air bersih
#jurang pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan