awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Potongan cukai tambahan 50 peratus untuk PMKS jalani latihan berkaitan AI

Asyraf Malik
Asyraf Malik
10/10/2025
10:38 MYT
Belanjawan 2026: Potongan cukai tambahan 50 peratus untuk PMKS jalani latihan berkaitan AI
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan ini sebagai persediaan Malaysia menuju status negara kecerdasan buatan (AI) menjelang tahun 2030. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion rentas kementerian disediakan kerajaan bagi aktiviti penyelidikan pembangunan, komersial dan daya cipta (RDCI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini sebagai persediaan Malaysia menuju status negara kecerdasan buatan (AI) menjelang tahun 2030.
"Potongan cukai tambahan 50 peratus diberikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi perbelanjaan kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber yang diiktiraf MyMahir National AI Council for Industry (NAICI).
"Seterusnya Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) menerima hampir 20 juta ringgit untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi, memperkukuh infrastruktur digital dan mencipta ekosistem AI yang cekap," ujar Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia meraih pelaburan bidang AI dan pusat data daripada syarikat gergasi teknologi dunia seperti Microsoft, Google dan Amazon Web Service (AWS).
"Peruntukan 2.2 dolar Amerika Syarikat (RM10.34 billion) oleh Microsoft untuk membangun Wilayah Awan Malaysia Barat dan dua bilion dolar Amerika Syarikat (RM19.74 bilion) untuk membina pusat data serta wilayah Google Cloud yang baharu di Selangor.
"Microsoft melatih 800 ribu rakyat melalui program AI for Malaysia's Future serta menubuhkan Pusat Inovasi AI Kebangsaan Microsoft. Google menganjurkan [email protected] kepada penjawat awam. Sementara AWS menyokong pendigitalan PKS melalui pembelajaran mesin dan analitik data raya," katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#kecerdasan buatan
#AI
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan