awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM umum dana tambahan RM2.5 bilion bagi PKS

Bernama
Bernama
06/01/2026
06:45 MYT
BNM umum dana tambahan RM2.5 bilion bagi PKS
Menurut BNM, peralihan kepada skim jaminan kredit akan memanfaatkan segmen PKS yang lebih luas, termasuk peminjam kali pertama dan aktiviti keusahawanan baharu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026 mengenai dana tambahan tersebut dan pengenalan skim jaminan pembiayaan.
"Setakat ini, BNM berjaya menyediakan pembiayaan konsesi sebanyak RM32.4 bilion untuk menyokong akses pembiayaan PKS menerusi institusi kewangan peserta, terutamanya perusahaan mikro dan kecil yang berdepan dengan kekangan pembiayaan.
"Oleh itu, penambahan itu meningkatkan peruntukan di bawah Dana BNM kepada RM34.9 bilion," katanya.
Sehubungan itu, BNM berkata ia beralih kepada sokongan berasaskan jaminan, dengan menyasarkan sebanyak RM10 bilion dalam pembiayaan yang dijamin.
Menurut bank pusat itu, peralihan kepada skim jaminan kredit akan memanfaatkan segmen PKS yang lebih luas, termasuk peminjam kali pertama dan aktiviti keusahawanan baharu.
"Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan institusi kewangan," katanya.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#dana tambahan
#PKS
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan