awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing: Permintaan tinggi dalam pengeluaran pesawat komersial

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2013
03:22 MYT
Boeing: Permintaan tinggi dalam pengeluaran pesawat komersial
Boeing memberitahu terdapat permintaan yang tinggi untuk pesawat komersialnya dan kelewatan merupakan sesuatu di luar jangkaan tetapi tetap fokus untuk meningkatkan kadar pengeluaran.
"Hasil kajian kami mendapati pasaran kini semakin kukuh dan akan terus kukuh. Itulah sebabnya kami yakin untuk meningkatkan kadar pengeluaran," menurut Randy Tinseth, Naib Presiden Pemasaran, pesawat komersial Boeing.
"Bekalan dan permintaan akan kekal seimbang berikutan kami telah pun membekalkan pesawat kepada pelanggan seperti yang ditetapkan."
Tinseth berkata pada satu Persidangan Persatuan Perdagangan Pesawat Antarabangsa di Orlando, Amerika Syarikat.
Beliau menegaskan kapasiti penumpang pesawat sedang berkembang pesat. Isu lapuk berhubung masalah pengeluaran merupakan kisah lalu. Tinseth juga menambah syarikat penerbangan kini dalam usaha menggantikan pesawat lamanya yang kurang cekap dari segi penjimatan bahan bakar.
"Semua kemungkinan sedang kami kaji dan ianya membantu dalam teknik pengeluaran kami, menurut Tinseth.
Boeing 737 kini dalam proses meningkatkan kadar pengeluarannya daripada 38 ke 42 pesawat sebulan menjelang suku pertama 2014.
Boeing 777 turut meningkatkan kadar pengeluarannya ke lapan pesawat sebulan dan 100 pesawat setahun. Boeing 787 pula bakal meningkatkan kadar pengeluarannya daripada lima buah ke sepuluh buah pesawat menjelang hujung tahun ini.
Tinseth menambah berdasarkan kajian, ekonomi industri penerbangan akan diramalkan kekal stabil.
Topic Berkaitan
#Boeing
#Orlando
#pesawat komersil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan