awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing sedia keluarkan 10 Dreamliners sebulan

Bernama
Bernama
14/11/2012
09:49 MYT
Boeing sedia keluarkan 10 Dreamliners sebulan
Pembina pesawat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Boeing, berada pada landasan yang betul untuk mencapai kadar pengeluaran 10 pesawat sebulan bagi model 787 Dreamliner menjelang 2013.
Naib Presiden dan Pengurus Besar program 787 Larry Loftis berkata syarikat dapat meningkatkan pengeluaran semasa kepada lima pesawat sebulan daripada 2.5 hingga 3.5 pada awal tahun ini.
"Kerja yang dilakukan pasukan kami untuk terus menambah baik telah menjadikan program ini efisen," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pekerja Boeing menggunakan kerja pasukan dan teknologi baharu bagi memenuhi kadar pengeluaran di kilang syarikat di South Carolina dan Everett, di Amerika Syarikat.
Kira-kira 500 pekerja dalam pasukan yang terlibat bekerja secara efektif untuk meningkatkan kecekapan, kualiti, keselamatan dan pertumbuhan, katanya.
Loftis berkata antara perkakasan baharu yang digunakan ialah mesin penggerudian orbit bagi menggerudi lubang untuk disambungkan kepada sayap ke bahagian fiuslaj pusat pesawat.
Beliau berkata mesin berkenaan meningkatkan kejituan dan menjimatkan masa mekanik serta meningkatkan keselamatan memandangkan ia memerlukan tork dan tujahan yang lebih rendah.
Sehingga kini, Boeing telah menyerahkan 35 unit pesawat 787 Dreamliners kepada lapan syarikat penerbangan dan lebih 800 lagi pesanan yang belum dipenuhi kepada 58 pelanggan seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Boeing
#Dreamliner
#Larry Loftis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan