awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumiputera diminta tidak jadikan perniagaan pilihan kerjaya terakhir - GABEM

Bernama
Bernama
14/04/2016
00:33 MYT
Bumiputera diminta tidak jadikan perniagaan pilihan kerjaya terakhir - GABEM
Golongan Bumiputera perlu mengubah paradigma dalam perniagaan dengan tidak hanya memberi fokus kepada sesuatu produk semata-mata. -Gambar fail
Golongan Bumiputera diingatkan supaya tidak menjadikan bidang perniagaan sebagai pilihan terakhir untuk sumber pendapatan mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Datuk Mohammad Izat Hasan.
Beliau berkata golongan berkenaan seharusnya mempunyai semangat patriotisme bagi membantu ekonomi Bumiputera seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi empat tahun lagi.
Katanya, golongan Bumiputera juga perlu mengubah paradigma dalam perniagaan dengan tidak hanya memberi fokus kepada sesuatu produk semata-mata.
"Untuk memulakan sesebuah perniagaan, mereka perlu mengenal pasti saiz pasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan tersebut supaya tidak menjadi satu tragedi sehingga tidak mendatangkan keuntungan.
Ini kerana kebanyakan usahawan Bumiputera kini tidak tahan dengan cabaran, cepat mengalah serta tidak mampu untuk bertahan dalam jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Fakulti Perubatan, Kolej Perubatan Diraja Perak, Universiti Kuala Lumpur, Kampus Greentown di sini pada Rabu.
Menyentuh mengenai Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera, Mohammad Izat berkata program itu bertujuan mendekati pelajar universiti awam serta swasta yang merupakan pemimpin pelapis pada masa depan.
"Mereka merupakan pemimpin masa depan yang akan berada pada kedudukan dalam membuat keputusan. Oleh yang demikian, kita memerlukan golongan seperti ini yang mempunyai daya pemikiran dan boleh menerima peluang.
Terutamanya individu yang berpendidikan jangan hanya memikirkan untuk bekerja sahaja...cuba bertukar kepada berniaga dan menjadi orang yang boleh memberi pekerjaan kepada orang lain," katanya.
Katanya usahawan belia terutama lepasan universiti kini perlu memperuntukkan masa selain mempunyai semangat dalam bidang perniagaan jika ingin menjadikan bidang itu sebagai satu kerjaya.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Gabem
#Gagasan Badan Ekonomi Melayu
#Mohammad Izat Hasan
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan