awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capital A, KTMB meterai MoU jalin kerjasama dalam logistik, perjalananan

Bernama
Bernama
14/07/2025
10:20 MYT
Capital A, KTMB meterai MoU jalin kerjasama dalam logistik, perjalananan
Capital A berkata MoU itu ditandatangani pada 13 Julai lepas dan menggariskan rangka kerja tidak terikat untuk kerjasama antara kedua-dua pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk meneroka kerjasama strategik termasuk dalam perkhidmatan perjalanan, logistik, makanan dan minuman serta program kesetiaan.

Ringkasan AI
  • Capital A Bhd menandatangani MoU dengan KTMB untuk meneroka kerjasama strategik dalam perjalanan, logistik, makanan dan minuman serta program kesetiaan.
  • Antara inisiatif yang dirancang termasuk gabungan tempahan tiket kereta api dan penerbangan, integrasi rangkaian kargo antara Teleport dan KTMB Kargo, serta katering oleh Santan dalam kereta api.
  • Penumpang bakal menikmati pertukaran mata kesetiaan antara Rail Points dan AirAsia Rewards, dengan BigPay sebagai platform pembayaran pilihan, tanpa kesan ke atas modal atau kewangan Capital A.

Capital A menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata MoU itu ditandatangani pada 13 Julai lepas dan menggariskan rangka kerja tidak terikat untuk kerjasama antara kedua-dua pihak.
"MoU itu membolehkan syarikat dan KTMB untuk bersama-sama melaksanakan kajian kebolehlaksanaan terperinci bagi memastikan daya maju komersial dan operasi bidang kerjasama yang berpotensi memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak," kata Capital A.
"Inisiatif utama di bawah kerjasama itu termasuk potensi gabungan tempahan tiket kereta api dan penerbangan, perkhidmatan ulang-alik jarak jauh ke Lapangan Terbang Senai, integrasi rangkaian kargo antara Teleport dan KTMB Kargo, serta katering dalam kereta api oleh Santan.
"Penumpang juga akan mendapat manfaat daripada pertukaran mata kesetiaan antara Rail Points dan AirAsia Rewards, dengan BigPay dianggap sebagai platform pembayaran pilihan," katanya.
Syarikat itu berkata MoU tersebut tidak akan membawa sebarang kesan ke atas modal saham, pendapatan, aset bersih atau tahap kadar hutang kumpulan Capital A.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capital A
#KTMB
#santan
#kerjasama logistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan