awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT mula guna mata wang tempatan untuk caj langganan

Amanz
Amanz
09/10/2025
02:50 MYT
ChatGPT mula guna mata wang tempatan untuk caj langganan
SELARI dengan pengenalan ChatGPT Go di Malaysia, pihak OpenAI turut mengemas kini penawaran, membolehkan pengguna tempatan melanggan menggunakan caj mata wang tempatan.
Ini sekali gus membolehkan pengguna tempatan melakukan bayaran pada harga sama walaupun berlaku pertukaran pada kadar tukaran mata wang Malaysia ke luar negara.
Melalui kemas kini ini, ia membuatkan ChatGPT Plus ditawarkan pada harga langganan RM99.90 sebulan.
Bagi kebanyakan pengguna yang sedia melanggan ChatGPT Plus dengan harga $20 sebulan, ini boleh dikatakan sebagai peningkatan harga.
Mengikut kadar tukaran semasa, $20 adalah sekitar RM84, membuatkan pengguna tempatan perlu membayar tambahan RM15 untuk langganan ChatGPT Plus menggunakan mata wang Ringgit Malaysia.
Selain ChatGPT Plus, versi ChatGPT Pro yang berharga $200 sebelum ini pula kini disenaraikan pada harga RM999.90 sebulan menggunakan mata wang tempatan.
Sementara ChatGPT Go yang baru diperkenalkan ditawarkan pada harga RM38.99 atau $4 mengikut harga antarabangsa yang membawa kepada RM16 mengikut kadar tukaran mata wang semasa, memperlihatkan harganya sekali ganda lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#ChatGPT Plus
#harga langganan
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan