awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai wajar dikenakan kepada Google, Facebook - MATA

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2018
14:36 MYT
Cukai wajar dikenakan kepada Google, Facebook - MATA
Google dan Facebook dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.
Cukai terhadap syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB) wajar dikenakan selepas kerajaan dijangka memperoleh 70 peratus keuntungan daripada hasil pengiklanan digital.
Ketua Unit Teknikal GST Persatuan Akautan Percukaian Malaysia (MATA), Rozlan Mohamed Ali berkata, pengguna akhir pula tidak perlu risau dengan kerana isu ini tidak sama sekali melibatkan mereka.
Jelasnya, hasil itu hanya diperoleh kerajaan daripada cukai yang diperoleh Google dan FB daripada iklan berbayar di platform masing-masing.
"Kalau hendak jangka keuntungan kepada kerajaan memang banyak sebab hasil itu memang di Malaysia ini 70 peratus daripada hasil pengiklanan digital dimonopoli Google dan FB.
"Dari situ kita nampak, tetapi dari segi amaun susah kita hendak jangka. Tidak ada data hasil diperolehi daripada Google dan FB tetapi dalam 70 peratus.
"Kalau 70 peratus hasil itu, hasil jangkaan pendapatan tinggi, cuma kita tidak boleh jangka setinggi mana, mungkin dalam kajian Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam dari segi GST," katanya.
BACA: Kerajaan kaji cukai ke atas Google dan Facebook
Beliau mengulas cadangan supaya cukai dikenakan terhadap syarikat teknologi gergasi dan media seperti Google dan FB.
Ia dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.
Cadangan berkenaan diutarakan pada sesi Luncheon Talk antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebelum ini.
Ahmad Zahid ketika memberi maklum balas berhubung cadangan itu memaklumkan beliau akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Jemaah Menteri.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kementeriannya sedang menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengenaan cukai ke atas Google serta FB.
Jelasnya, kajian itu bertujuan untuk melihat keperluan serta mekanisme dan model pencukaian yang terbaik.
Topic Berkaitan
#cukai
#Facebook
#Google
#GST
#JOHARI ABDUL GHANI
#LHDN
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan