awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan saham FGV digantung mulai 25 Ogos

Bernama
Bernama
18/08/2025
03:10 MYT
Dagangan saham FGV digantung mulai 25 Ogos
Felda akan memperoleh FGV untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi. - Foto fail/DagangNews
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengumumkan dagangan sekuriti berkaitan dengan FGV Holdings Bhd akan digantung berkuat kuasa mulai 9 pagi, 25 Ogos, 2025 selaras dengan Perenggan 16.02(3) Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama pihak-pihak yang bertindak untuk matlamat yang sama (PAC) kini memegang lebih 90 peratus saham FGV, dan Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama, Bursa Securities.
"Oleh yang demikian, Felda akan memperoleh FGV untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi selaras dengan Perenggan 16.07 Kehendak-Kehendak Penyenaraian," jelasnya.
Menurut laporan sebelum ini, Felda bersama PAC telah berjaya memperoleh 94.97 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV, meliputi 3.46 bilion saham, sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV daripada Pasaran Utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Dagangan sekuriti
#FGV Holdings Bhd
#digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan