awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data terbuka tetap menjaga hak peribadi individu, syarikat - Mohd Uzir

Seth Akmal
Seth Akmal
05/05/2025
09:33 MYT
Data terbuka tetap menjaga hak peribadi individu, syarikat - Mohd Uzir
Mohd Uzir berkata, data terbuka bertujuan untuk tidak berpaksi kepada mendedahkan atau kompromi terhadap data peribadi. - Sumber DOSM
PUTRAJAYA : Data peribadi dan syarikat tidak akan dikompromi dalam sistem data terbuka yang diusahakan oleh Jabatan Perangkaan Negara.
Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, data terbuka bertujuan untuk mengumpul maklumat di beberapa peringkat untuk mengenal pasti senario sesuatu kawasan misalnya dalam menyalurkan peruntukan.
“Data terbuka bukan bermaksud kita membuka data individu tetapi kita mengetengahkan begitu banyaknya data
“Profil daerah, kawasan menyebabkan sesuatu program ataupun penyaluran peruntukan itu terus kepada senario sesuatu kawasan,” katanya.
Mohd Uzir turut menyatakan tujuan data dikumpulkan adalah untuk mengira kedudukan ekonomi, iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia bertanggungjawab sebagai pengeluar rasmi data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Misalnya kita bertanya syarikat perusahaan tentang tahap jualan dan pembuatan kerana kita perlukan data ini untuk mengira kedudukan ekonomi kita yang kita keluarkan setiap suku tahunan,” katanya lagi semasa sidang media Putrajaya pada Isnin.
Tambah beliau lagi, data terbuka bertujuan untuk tidak berpaksi kepada mendedahkan, atau kompromi terhadap data peribadi.
Dalam wawancara yang sama beliau turut mengumumkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2025 dijangka dibentangkan tahun ini.
Ia bertujuan untuk mengukuhkan koordinasi pengurusan statistik negara dan menyelaras penggunaan kod pengkelasan.
Tambah beliau, Jabatan Perangkaan Negara telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Ekonomi dan pejabat Peguam Negara (AGC).
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Mohd Uzir Mahidin
#Peguam Negara
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan