awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dataprep dilantik kendalikan perkhidmatan saringan COVID-19

Dagang News
Dagang News
30/03/2022
00:31 MYT
Dataprep dilantik kendalikan perkhidmatan saringan COVID-19
Dataprep menerima surat pelantikan daripada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor pada 24 Mac lalu menerusi rakan kerjasama, Asia Coding Centre Sdn Bhd. - Foto Dataprep
KUALA LUMPUR: Dataprep Holdings Bhd akan membekalkan dan mengendalikan perkhidmatan saringan COVID-19 menggunakan profesional RTK Antigen dan ujian molekular RT-PCR Rapid di Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor.
Ia menerima surat pelantikan itu daripada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) pada 24 Mac lalu menerusi rakan kerjasama, Asia Coding Centre Sdn Bhd, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
Perkhidmatan saringan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh unit Dataprep, iaitu Dataprep Asia Sdn Bhd, selepas pelantikannya sebagai rakan kongsi eksklusif penyampaian projek eksklusif oleh Asia Coding berhubung semua projek yang melibatkan penyumberan luar penyelesaian bersepadu untuk ujian COVID-19.
"Penempatan Perkhidmatan Saringan COVID-19 akan berpandukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penumpang feri yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk Johor di terminal tersebut.
"Ia membabitkan tempoh selama 2 tahun dan atau lain-lain tempoh yang ditetapkan oleh KKM," katanya.
Perkhidmatan saringan itu disediakan berikutan pengumuman kerajaan untuk membuka sempadan negara mulai 1 April 2022.
Pembukaan semula itu penting untuk memulihkan aktiviti ekonomi terutama sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan lain-lain serta memudahkan pengembara perniagaan dan pelawat sosial masuk ke negara ini.
Menurut Dataprep, tanpa sebarang perkara tidak dijangka, pelaksanaan perkhidmatan ini menggunakan profesional RTK Antigen dan ujian molekular RT-PCR Rapid akan menyumbang kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan seterusnya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Dataprep Holdings
#Terminal Feri Antarabangsa Kukup
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan