awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DHL Express umum naikkan harga purata perkhidmatan 4.9 peratus mulai 1 Jan, 2022

Bernama
Bernama
20/09/2021
05:28 MYT
DHL Express umum naikkan harga purata perkhidmatan  4.9  peratus mulai 1 Jan, 2022
Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata pelarasan harga tahunan ini membolehkan syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya. - Gambar fail/EPA
KUALA LUMPUR: DHL Express Malaysia akan menaikkan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus, berkuat kuasa 1 Jan, 2022.
Dalam satu kenyataan, ia berkata pelarasan harga tahunan itu mengambil kira inflasi dan kedinamikan mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
"Langkah-langkah ini dikemas kini secara berkala oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di setiap lebih daripada 220 negara dan wilayah yang mendapat perkhidmatan DHL Express," katanya.
Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata pelarasan harga tahunan ini membolehkan syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan terbaik.
"Ini termasuk pesawat dan kenderaan canggih serta pengembangan hab dan gerbang kami untuk meningkatkan kapasiti kerana permintaan untuk pengiriman rentas sempadan perkhidmatan pantas terus meningkat," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DHL Express
#caj perkhimatan
#Perkhidmatan penghantaran
#pelarasan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan