awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felcra pelbagaikan kegiatan ekonomi kukuhkan kewangan

Bernama
Bernama
24/09/2016
04:51 MYT
Felcra pelbagaikan kegiatan ekonomi kukuhkan kewangan
Felcra akan menceburi pelbagai bidang antaranya industri makanan, hartanah, perniagaan input pertanian, ternakan serta makanan halal diproses selain bergantung kepada hasil pertanian serta perladangan. - Gambar fail
Felcra Bhd akan melebarkan sayap perniagaannya dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan serta membantu meningkatkan pendapatan peserta di seluruh negara.
Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata Felcra akan menceburi pelbagai bidang antaranya industri makanan, hartanah, perniagaan input pertanian, ternakan serta makanan halal diproses selain bergantung kepada hasil pertanian serta perladangan.
"Sejajar dengan penubuhan Felcra sejak 50 tahun lalu, kita akan merebut apa sahaja peluang yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat serta dapat menjana ekonomi peserta khususnya masyarakat luar bandar supaya mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
"Saya selaku pengerusi sentiasa memastikan Felcra terus bergiat aktif dalam pelbagai bidang selain perancangan memperluaskan keluasan ladang dengan mengeluarkan apa sahaja hasil tanaman untuk mengelakkan tanah-tanah yang terbiar tanpa diusahakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis 'Networking Dinner With Media' bersempena Konvoi Kembara Media 50 Tahun Felcra di sini malam tadi.
Konvoi itu membabitkan seramai 200 peserta termasuk pengamal media menaiki 50 buah kereta menjelajah beberapa kawasan Felcra di Perak selama dua hari mulai semalam.
Dalam pada itu, Bung Mokhtar berkata bagi menjaga kebajikan kakitangannya, Felcra akan membina perumahan mampu milik mulai tahun depan di Selangor, Melaka dan Perlis sebelum memperluaskannya ke seluruh negara.
Beliau berkata pembinaan rumah itu adalah khusus untuk kakitangan Felcra yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dan rumah berkenaan akan dijual dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, beliau berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi membiayai insurans kesihatan kepada 3,500 kakitangannya.
"Mulai tahun depan, mereka tidak perlu lagi membayar RM150 sebulan melalui potongan gaji untuk insurans kesihatan. Ini kerana kita mahu meringankan beban berikutan kos sara hidup yang kian meningkat," katanya.
Topic Berkaitan
#FELCRA
#Halal
#hartanah
#industri makanan
#kegiatan ekonomi
#pertanian
#ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan