awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Francais Malaysia jana potensi jualan RM77 juta di FIBM 2025

Bernama
Bernama
17/05/2025
15:30 MYT
Francais Malaysia jana potensi jualan RM77 juta di FIBM 2025
MATRADE berkata inisiatif itu menyokong secara langsung Dasar Francais Negara 2030, usaha strategik KUSKOP bertujuan mempercepatkan pengantarabangsaan francais Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Francais tempatan telah menjana potensi jualan eksport sebanyak RM77 juta pada Misi Pembelian Dalam Francais (FIBM) yang diadakan sempena Pameran dan Konvensyen Francais Antarabangsa ke-32 (FIM 2025).
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu kenyataan hari ini berkata, FIBM 2025 mengalu-alukan penyertaan 15 pembeli asing yang terdiri daripada 23 wakil dari pelbagai negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Myanmar dan Bangladesh.
Ia berkata misi itu memudahkan persekitaran tertumpu dan produktif menerusi lebih 90 pertemuan perniagaan 'one-to-one' dengan francais tempatan secara aktif meneroka peluang pengembangan global.
Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmatan Perniagaan MATRADE Jamaliah Jamaludin berkata angka potensi jualan kukuh itu menunjukkan daya saing yang semakin meningkat dan kesediaan eksport francais tempatan di pasaran global.
"Dalam mengemudi landskap perdagangan global yang semakin berkembang terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan, MATRADE terus menggunakan pendekatan proaktif dengan meneroka pasaran baharu dan sedang pesat membangun terutamanya dalam ekonomi membangun menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas," katanya.
"Perkongsian antara francais Malaysia dan francais asing akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan," tambahnya.
MATRADE berkata inisiatif itu menyokong secara langsung Dasar Francais Negara 2030, usaha strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan mempercepatkan pengantarabangsaan francais Malaysia.
FIM 2025 adalah acara francais tahunan anjuran Persatuan Francais Malaysia dan KUSKOP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#pasaran global
#pertumbuhan ekonomi
#Kuskop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan