awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
13/04/2021
16:14 MYT
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Aplikasi Grab yang pernah dikenali sebagai MyTeksi ketika awal operasinya di Malaysia kini berubah wajah daripada hanya sebuah aplikasi untuk menempah perkhidmatan pengangkutan kepada sebuah 'super-app'. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Syarikat permulaan atau 'start-up' paling bernilai di Asia Tenggara, Grab Holding Inc (Grab) mengesahkan penggabungan dengan sebuah syarikat pemilikan tujuan khas (SPAC) Altimeter Growth Corp dengan nilai AS$40 bilion.
Pengumuman ini menyusul keputusan untuk menyenaraikan Grab di NASDAQ dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Perjanjian penggabungan ini juga menyaksikan pelaburan bernilai AS$4 bilion oleh pemilik Altimeter Growth Corp, Altimeter Capital.
Ia sekali gus membolehkan Grab meletakkan sasaran untuk memperoleh sekitar AS$4.5 bilion sebagai hasil penyenaraiannya di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) kelak.
Penyedia pengangkutan dan perkhidmatan darat yang berpangkalan di Singapura itu sudah mengumpulkan dana bernilai AS$12 bilion sejak diasaskan pada 2012.
Ini adalah platform pengangkutan darat utama ketiga yang didagangkan di pasaran saham selepas Uber dan Lyft pada tahun 2019.
"Ini adalah kejayaan dalam perjalanan kami untuk membolehkan lebih ramai orang mendapat manfaat daripada ekonomi digital. Perkara ini penting apabila wilayah pulih daripada COVID-19," kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Anythony Tan.
Aplikasi Grab yang pernah dikenali sebagai MyTeksi ketika awal operasinya di Malaysia kini berubah wajah daripada hanya sebuah aplikasi untuk menempah perkhidmatan pengangkutan kepada sebuah 'super-app'.
Ia sekali gus meningkatkan penggunaan kalangan penggunanya, dengan pelanggan yang membuat lebih daripada dua atau lebih transaksi meningkat lima kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#grab
#Grab Holding Inc
#penggabungan
#syarikat pemilikan tujuan khas
#SPAC
#Altimeter Growth Corp
#AS
#US
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan