awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had statutori hutang negara diusul dinaikkan ke 60 peratus

Bernama
Bernama
06/08/2020
16:38 MYT
Had statutori hutang negara diusul dinaikkan ke 60 peratus
TENGKU ZAFRUL: Peningkatan jumlah hutang ini adalah bagi membiayai defisit yang turut mengambil kira pelaksanaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan langsung fiskal. - Gambar fail
Kementerian Kewangan mengusulkan untuk menaikkan had statutori hutang sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus KDNK pada masa sekarang.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Kementerian Kewangan telah membuat bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) 2020 awal hari ini termasuk cadangan menaikkan had statutori hutang tersebut.
"Peningkatan jumlah hutang ini adalah bagi membiayai defisit yang turut mengambil kira pelaksanaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan langsung fiskal. Kita akan membahaskan isu ini dengan lebih lanjut semasa RUU tersebut dibentangkan di dalam sesi ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#had statutori hutang
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Menteri Kewangan
#Rang Undang-Undang
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan