awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 20,000 pembeli hartanah PKNS belum tukar nama

Bernama
Bernama
23/07/2015
03:47 MYT
Hampir 20,000 pembeli hartanah PKNS belum tukar nama
Ishak berkata proses pindah milik itu penting bagi membolehkan nama pembeli didaftarkan di atas surat hak milik yang menunjukkan mereka adalah pemilik sah harta berkenaan.
Sebanyak 19,660 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih belum memindah milik hartanah mereka ke atas nama masing-masing.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim berkata keadaan itu telah membebankan PKNS berikutan terpaksa menanggung cukai tanah yang dikenakan ke atas hartanah tersebut sejak 1980.
"Antara sebab berlaku keadaan itu ialah pembeli asal telah meninggal dunia dan waris yang ada gagal dikesan atau tidak dapat dihubungi.
"Selain itu, bayaran duti setem dan yuran guaman yang tinggi juga antara sebab pembeli enggan memindah milik hartanah tersebut," katanya kepada Bernama di sini.
Ishak berkata bagi mengatasi keadaan itu, PKNS mengadakan kempen bersepadu bermula Jun hingga Oktober ini untuk mempercepatkan proses pindah milik hartanah tersebut yang membabitkan rumah teres, banglo dan lot industri.
Beliau berkata menerusi kempen ini, pegawai PKNS turun padang termasuk di kawasan-kawasan hartanah berkenaan untuk bertemu pembeli hartanah bagi memberi nasihat dan mengetahui punca mengapa mereka gagal membuat proses pindah milik.
"Dari situ kita akan memberi mereka penerangan serta jalan penyelesaian selain membantu mereka melakukan proses pindah milik hartanah tersebut," katanya.
Ishak berkata proses pindah milik itu penting bagi membolehkan nama pembeli didaftarkan di atas surat hak milik yang menunjukkan mereka adalah pemilik sah harta berkenaan.
Katanya langkah itu juga membolehkan pembeli melakukan urusan pinjaman semula rumah, jual beli, gadaian dan pindah milik kepada waris mereka seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara.
"Ada pemilik yang tidak tahu kepentingan pindah milik ini, sekiranya hartanah itu tidak didaftarkan di atas nama pembeli, sekiranya pembeli itu meninggal dunia, ia akan menyukarkan waris untuk menuntut hartanah berkenaan.
"Hartanah ini juga merupakan aset penting sekiranya pembeli hartanah memerlukan sumber kewangan yang mana ia boleh dijual atau dipajak," katanya.
Topic Berkaitan
#pembeli hartanah
#Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
#PKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan