awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haos Ek? luaskan pasaran ke Indonesia selepas Singapura

Bernama
Bernama
17/09/2023
21:45 MYT
Haos Ek? luaskan pasaran ke Indonesia selepas Singapura
CEO Adin Marketing Group Sdn Bhd, Anis Permin (depan tiga, kiri) bergambar bersama 45 pelajar dan guru daripada Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah diraikan bagi menyaksikan filem 'Malbatt: Misi Bakara' bersempena Hari Malaysia. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? kini meluaskan pasaran ke Indonesia, selepas produk keluarannya mendapat sambutan yang memberangsangkan di Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif Adin Marketing Group Sdn Bhd (Haos Ek?) Anis Permin berkata pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan telah menyusun rangka strategi bagi memperkukuh kedudukan produk di negara itu.
Beliau berkata Indonesia merupakan negara kedua pasaran produk keluaran syarikat itu selepas Singapura.
"Kami tahun ini sudah mula menembusi pasaran ke Indonesia dan tapak pertama yang kami perkukuhkan adalah di Batam, penerimaan sangat baik setakat ini.
"Kami menyusun rangka strategi dan sedang memperkukuhkan rangkaian pengedaran dengan core person yang akan dilantik. Sasaran kami tahun depan, produk akan dipasarkan secara besar-besaran di sana," katanya kepada Bernama, di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Haos Ek? Belanja Movie Misi Bakara @ Hari Malaysia di pusat beli belah Beletime, di sini.
Anis berkata pihaknya yakin produk minuman berperisa tempatan itu mampu menepati cita rasa rakyat di Indonesia.
Beliau berkata ini boleh dilihat menerusi permintaan produk keluaran mereka yang terdiri daripada perisa Bandung Pink, Coklat, Teh Tarik, Kopi Peng dan Kopi O yang mendapat sambutan memberangsangkan dari dalam negara dan Singapura.
Beliau berkata pasaran Singapura yang ditembusi pada awal tahun ini telah mencatatkan jualan lebih 250,000 botol setakat Januari sehingga Julai lepas.
"Kami bawa masuk kesemua perisa dan produk best seller (paling laris) kita di sana adalah Teh Tarik. Ini menunjukkan minuman keluaran tempatan menepati cita rasa mereka. Jangkaan kami akhir tahun ini, jualan boleh meningkat sehingga setengah juta botol," katanya.
Tambahnya syarikat juga telah mengeluarkan dua produk minuman baharu iaitu Vanilla Latte dan Liberica Mocha.
Terdahulu, seramai 45 pelajar dan guru daripada Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah diraikan bagi menyaksikan filem "Malbatt: Misi Bakara" bersempena Hari Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haos ek
#pengeluar minuman
#Indonesia
#pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan