awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia naik 0.3 peratus suku ketiga - DOSM

Bernama
Bernama
06/11/2024
10:17 MYT
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia naik 0.3 peratus suku ketiga - DOSM
Mohd Uzir berkata indeks kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat 5.4 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 7.7 peratus pada suku sebelumnya, disumbangkan oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain (0.9 peratus). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat perlahan sebanyak 0.3 peratus kepada 115.8 pada suku ketiga 2024 berbanding 0.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata indeks kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat 5.4 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 7.7 peratus pada suku sebelumnya, disumbangkan oleh aktiviti hiburan dan rekreasi lain (0.9 peratus).
"Indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman kekal meningkat 2.4 peratus (suku kedua 2024: 2.4 peratus) disebabkan oleh aktiviti perkhidmatan minuman (3.7 peratus) dan restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (2.5 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, indeks pendidikan meningkat 0.8 peratus, disumbangkan oleh pendidikan menengah (1.7 peratus) manakala indeks kesihatan meningkat 0.3 peratus.
"Aktiviti profesional dan hartanah masing-masing meningkat sebanyak 0.2 peratus dan 0.1 peratus," katanya.
Sebaliknya, indeks pengangkutan menurun 2.0 peratus (suku kedua 2024: -1.4 peratus), disebabkan terutamanya oleh indeks pengangkutan penumpang udara (-8.1 peratus).
"Selain itu, indeks maklumat dan komunikasi terus turun 0.1 peratus (suku kedua 2024: -0.1 peratus) disebabkan oleh indeks aktiviti telekomunikasi tanpa wayar (-0.2 peratus)," katanya.
Mohd Uzir berkata bagi perbandingan suku tahunan, IHPRP meningkat 0.1 peratus berbanding penurunan 0.1 peratus pada suku kedua 2024 disebabkan terutamanya oleh indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman dan kesenian, hiburan dan rekreasi, di mana kedua-dua indeks mencatatkan peningkatan 0.9 peratus.
Selain itu, indeks pendidikan turut meningkat 0.2 peratus manakala indeks kesihatan, profesional dan maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah.
"Bagaimanapun, indeks pengangkutan dan aktiviti hartanah masing-masing turun 0.6 peratus dan 0.5 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IHPRP
#DoSM
#ekonomi malaysia
#Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan