awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu, PKS masih boleh berunding dengan bank mengenai pinjaman - Muhyiddin

Bernama
Bernama
14/10/2020
03:06 MYT
Individu, PKS masih boleh berunding dengan bank mengenai pinjaman - Muhyiddin
Muhyidin berkata hampir 98 peratus yang memohon moratorium telah diluluskan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengadakan rundingan dengan institusi kewangan bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata bank-bank akan terus memberi bantuan terhadap bayaran pinjaman mereka sehingga tahun hadapan berdasarkan keperluan dan keadaan kewangan pemohon.
"Jadi kalau ada kes pihak individu atau PKS terbabit, nasihat saya ialah masih boleh mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan," katanya pada sidang media khas di kediaman beliau, di Putrajaya, pada Selasa.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kemungkinan kerajaan melanjutkan lagi moratorium berdasarkan situasi semasa.
Muhyidin berkata hampir 98 peratus yang memohon moratorium telah diluluskan, daripada jumlah itu sekitar 40 peratus telah diberikan lanjutan melalui moratorium bersasar, manakala 60 peratus dibantu dengan pengurangan ansuran bulanan.
Penangguhan pembayaran pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan, atau lebih dikenali sebagai moratorium, yang dinikmati sejak April berakhir pada September lalu.
Bagaimanapun, pada Julai kerajaan mengumumkan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moratorium
#pinjaman
#Muhyiddin Yassin
#PKS
#rundingan
#bank
#bantuan
#institusi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan