awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPR: Kementerian Ekonomi akan panggil pimpinan 20 daerah termiskin di Malaysia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/03/2023
08:19 MYT
IPR: Kementerian Ekonomi akan panggil pimpinan 20 daerah termiskin di Malaysia
Rafizi berharap inisiatif itu tidak akan dipolitikkan kerana kerjasama semua pihak, terutama wakil rakyat di negeri-negeri pembangkang, amat diperlukan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada 26 Februari lalu menerima sambutan baik daripada orang ramai.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya berharap inisiatif itu tidak akan dipolitikkan kerana kerjasama semua pihak, terutama wakil rakyat di negeri-negeri pembangkang, amat diperlukan.
"Kita akan pastikan negeri yang mempunyai jumlah miskin tegar yang ramai perlu ada campur tangan khusus, bukan sahaja kementerian tetapi juga pemegang taruh termasuk orang ramai.
"Kalau ada jiran miskin, beritahu jiran, yakinkan mereka untuk daftar. Kerajaan tempatan, negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan terbabit juga perlu main peranan bantu penduduk di kawasan mereka masuk program ini.
"Di peringkat kementerian, selain tumpu pelaksanaan peringkat nasional, kita juga akan panggil pimpinan 20 daerah paling miskin di Malaysia supaya sama-sama berusaha beri tumpuan khusus di daerah paling miskin ini.
"Kita akan adakan perjumpaan segera dengan pihak ini, mungkin dalam seminggu dua ini," katanya dalam sidang media Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP), pada Isnin.
Tambah Rafizi, biarpun pada awalnya terdapat kebimbangan susulan IPR merupakan mekanisme yang berbeza daripada skim bantuan terus yang biasa dijalankan, namun beliau berpuas hati apabila 22,319 pengguna sah telah mendaftarkan diri hanya selepas seminggu dilancarkan.
Ia secara tidak langsung menunjukkan orang ramai bersedia mengambil risiko jika ia mampu membantu mereka menjana ekonomi.
Pendaftaran tertinggi IPR ketika ini datang dari negeri Selangor, diikuti Johor dan Perak.
Sebanyak 52 peratus pendaftaran adalah untuk program Usahawan Makanan (INSAN), 29 peratus mahu menyertai program Usahawan Tani (INTAN) dan baki 19 peratus mendaftar untuk pogram Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Selain itu, sebanyak 376 permohonan juga diterima daripada pihak agensi dan syarikat untuk menjadi pembeli kepada hasil yang akan diusahakan peserta.
IPR menyasarkan golongan miskin tegar, miskin dan B40 agar mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Inisiatif Pendapatan Rakyat
#IPR
#miskin tegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan