awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iris Corp raih kontrak sistem imigresen NIIS RM1.16 bilion

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2021
10:28 MYT
Iris Corp raih kontrak sistem imigresen NIIS RM1.16 bilion
Syarikat teknologi itu memaklumkan bahawa anak syarikatnya Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) menerima Surat Tawaran Projek daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membangun sistem imigresen. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Iris Corporation Bhd hari ini mengumumkan telah meraih kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu National (NIIS) untuk Jabatan Imigresen Malaysia kerajaan bernilai RM1.159 bilion.
Menerusi satu makluman di Bursa Malaysia, syarikat teknologi itu memaklumkan bahawa anak syarikatnya Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) telah menerima Surat Tawaran Projek (LOA) bertarikh 29 Januari 2021 daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membangun dan membekalkan sistem imigresen.
Tempoh kontrak tersebut ditetapkan selama 54 bulan bermula 1 Mac 2021 sehingga 31 Ogos 2025.
Makluman itu turut menyebut bahawa projek tersebut akan menyumbang kepada pendapatan Iris Corp sepanjang kontrak itu berlangsung.
Menurut laporan, syarikat itu pada tahun lepas menyatakan hasrat untuk memperkasakan kedudukannya dalam pengeluaran kad pengenalan diri pada peringkat global.
Pada 7 September lalu, Iris Corp menerima Surat Niat (LOI) daripada India Security Press untuk membangun sistem operasi bagi pengeluaran e-pasport India.
Syarikat tersebut juga terlibat dalam pengeluaran pasport biometrik pertama di dunia untuk Malaysia pada 1998.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Kementerian Dalam Negeri
#Iris
#Iris Corp
#Iris Corporation Berhad
#IITS
#Iris Information Technology Systems Sdn Bhd
#sistem imigresen
#pasport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan