awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor Port raih anugerah kecemerlangan prestasi global 2018

Bernama
Bernama
26/12/2018
21:00 MYT
Johor Port raih anugerah kecemerlangan prestasi global 2018
Anugerah berkenaan yang merupakan pengiktirafan rasmi antarabangsa terhadap kecemerlangan perniagaan, disampaikan pada satu majlis yang diadakan di Abu Dhabi pada 11 Disember lalu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global 2018 - Kelas Dunia daripada Asia Pacific Quality Organisation.
Anugerah berkenaan yang merupakan pengiktirafan rasmi antarabangsa terhadap kecemerlangan perniagaan, disampaikan pada satu majlis yang diadakan di Abu Dhabi pada 11 Disember lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Johor Port dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata anugerah berkenaan menunjukkan usaha berterusan pelabuhan berkenaan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan serta pengiktirafan terhadap prestasi dengan kualiti berkelas dunia.
"Sejak beberapa tahun lepas, kami melaksanakan pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan Johor Port sebagai pelabuhan pelbagai guna paling efisyen di rantau ini.
"Kami komited dalam mewujudkan lebih banyak inovasi serta penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia dan pengiktirafan ini adalah kenyataan terhadap keupayaan kami memahami dan menyesuaikan diri dengan pasaran masa depan dan menerapkan kecemerlangan dalam operasi perniagaan kami," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anugerah
#Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh
#Johor Port
#MMC
#operasi
#Pasir Gudang
#Pelabuhan Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan