awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kenderaan penumpang, perdagangan naik pada Februari

Bernama
Bernama
18/03/2014
23:08 MYT
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan naik pada Februari
Gambar Hiasan
Jualan kenderaan penumpang dan perdagangan pada Februari meningkat sebanyak 1.13 peratus kepada 50,718 unit daripada 45,046 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata daripada 50,718 unit yang dijual pada Februari, 45,704 merupakan kenderaan penumpang dan baki 5,014 unit perdagangan.
MAA berkata kuantiti jualan pada Februari juga tinggi berbanding Januari 2014 sebanyak 0.9 peratus.
"Bilangan tinggi yang dicatatkan itu adalah hasil daripada prestasi baik Proton dan Perodua," kata MAA dalam satu kenyataan.
Mengenai prospek bagi Mac, MAA berkata kuantiti jualan dijangka bertambah baik berbanding Februari disebabkan hari bekerja yang lebih panjang, serahan tergesa-gesa oleh syarikat yang mempunyai tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2014 dan pengenalan model baharu.
Topic Berkaitan
#jualan kereta
#MAA
#Perodua
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan