awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet putuskan BNM kekal selia Tabung Haji

Bernama
Bernama
17/12/2018
13:12 MYT
Kabinet putuskan BNM kekal selia Tabung Haji
Penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.
"Saya kira ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal (di bawah seliaan BNM) dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.
Tambah Fuziah, penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.
"Pada 2016, Gabenor Bank Negara menyatakan ada salah tadbir urus dalam TH tetapi oleh kerana BNM pada ketika itu tidak mengawal selia TH secara langsung, maka tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu sehingga hari ini," katanya.
Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.
Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan