awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar hotel di Malaysia masih jauh lebih murah

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
26/08/2015
09:23 MYT
Kadar hotel di Malaysia masih jauh lebih murah
Menurut Mohd Munir, ketika ini pengusaha masih lagi takut untuk berbuat demikian kerana takut kehilangan pelanggan. - Gambar Fail
Kadar hotel dan rumah penginapan di Malaysia ketika ini masih jauh lebih murah walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah tinggi.
Justeru, menurut Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN, Tan Sri Dr Munir Abdul Majid, pengusaha penginapan perlu mengambil kesempatan dengan kejatuhan ringgit sekarang untuk menaikkan kadar hotel kepada pelancong yang datang ke Malaysia.
Beliau berkata, sekiranya pengusaha ingin mengambil peluang kejatuhan ringgit ini, mereka perlu memastikan tahap persaingan adalah tinggi kerana negara lain juga turut mengalami situasi yang sama (kejatuhan nilai matawang).
"Kita harus ambil peluang ini untuk tingkatkan harga dan tarif hotel kita. Hotel-hotel kita masih jauh lebih murah walaupun servis kita tinggi.
"Tetapi apa yang saya lihat ketika ini pengusaha masih lagi takut untuk berbuat demikian kerana takut kehilangan pelanggan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi terkini ekonomi negara pada pelancaran Laporan Menghapuskan Halangan (LTB) 2015 oleh Kelab Perniagaan Asean (ABC) dan Institut Penyelidikan Asean CIMB (CARI) di Kuala Lumpur.
Laporan LTB 2015 merupakan inisiatif sektor swasta dalam mengintegrasikan pertumbuhan ekonomi dan perniagaan di kalangan anggota ASEAN.
Topic Berkaitan
#Mohd Munir Majid
#pelancong
#Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan