awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK suku keempat 2021 Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus - Moody's Analytics

Bernama
Bernama
07/02/2022
05:03 MYT
KDNK suku keempat 2021 Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus - Moody's Analytics
Firma tersebut turut menjangkakan kekukuhan eksport yang berterusan dan peningkatan semula penggunaan swasta menyokong prestasi ekonomi suku akhir Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2021 berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya, menurut Moody's Analytics.
Firma tersebut turut menjangkakan kekukuhan eksport yang berterusan dan peningkatan semula penggunaan swasta menyokong prestasi ekonomi suku akhir Malaysia.
"Kenaikan kembali kes COVID-19 secara ketara telah membebankan ekonomi ini bagi sebahagian besar tempoh tahun lepas, mengakibatkan penguncupan suku tahun berturut-turut apabila isi rumah dan pelaburan swasta menjadi kurang aktif.
"Kelemahan permintaan domestik adalah lebih daripada mengimbangi peningkatan yang dicatatkan daripada kedudukan dagangan yang agak kukuh sepanjang tempoh ini namun, keadaan domestik bertambah baik pada suku terakhir," menurutnya dalam Ulasan Ekonomi Asia Pasifik untuk minggu 7 hingga 11 Feb, 2022 yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut Moody's Analytics, kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan pelonggaran sekatan pergerakan mendorong kepada pemulihan ketara perbelanjaan runcit sejak Oktober 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Moody's
#ekonomi
#Keluaran Dalam Negara Kasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan