awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberadaan wakil Sarawak relevan, tahu pendapatan negara

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
07/10/2022
06:24 MYT
Keberadaan wakil Sarawak relevan, tahu pendapatan negara
Keberadaan dalam ahli lembaga pengarah LHDN disifatkan relevan bagi mengetahui pendapatan negara menerusi hasil diperoleh dari Sarawak.
KUCHING: Keberadaaan wakil Sarawak dalam ahli lembaga pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disifatkan relevan bagi mengetahui pendapatan negara menerusi hasil yang diperoleh dari Sarawak.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam konteks ini, pengagihan geran atau peruntukan yang adil amat penting sesuai dengan keadaan Sarawak yang luas.
Malah menurutnya, Sarawak berpegang kepada formula pengagihan peruntukan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan keadaan ekonomi yang fleksibel dan bukan angka semata-mata.
“Kalau keadaan (ekonomi) tidak begitu baik, kita jangan harap Kerajaan Persekutuan akan memberikan kita geran yang tinggi, kita mesti susah senang bersama-sama, namun apa yang berlaku, kalau senang kita dilupakan, ini yang kita tidak mahu,” katanya.
Menurut Abang Johari, selepas menilai keadaan ekonomi dan jumlah yang diperoleh, Sarawak boleh mengemukakan kiraan yang sepatutnya disalurkan kepada negeri itu mengikut lunas perundangan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
“Sebab itu kalau keadaan ekonomi negara baik dan anda tahu akan jumlah (hasil pendapatan), kita boleh beritahu kepada mereka (Kerajaan Persekutuan), ini adalah kiraan dari kerajaan negeri dan inilah peratusan yang kita mahukan.
“Ia tidak boleh dibuat berdasarkan nombor atau angka, jika guna angka ia boleh diberikan dengan sesuka hati.
“Bagaimana anda menilai angka tersebut, sebab itu kita berpegang pada formula kerana apabila waktu senang (pendapatan tinggi) Sarawak mengharapkan lebih peruntukan, dan masa sukar kita tidak dapat mengharapkan jumlah yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berhubung pelantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam ahli lembaga pengarah LHDN semasa sidang media selepas merasmikan pecah tanah Kompleks Ibu Pejabat HIKMAH di sini pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan Jemaah Menteri pada 30 September lalu telah meluluskan cadangan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 1995 [Akta 533] supaya diperuntukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Sabah dan seorang wakil Kerajaan Negeri Sarawak dalam keanggotaan lembaga pengarah LHDNM.
Dalam pada itu, Abang Johari turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana mendengar rintihan kerajaan negeri berhubung pengagihan geran tahunan kepada Sarawak dalam membangunkan negeri itu.
Untuk itu katanya Sarawak menamakan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar sebagai wakil dalam ahli lembaga pengarah LHDN.
“Saya ucap terima kasih kepada kementerian yang telah respond secara positif kepada kehendak Sarawak, saya telah mengatakan bahawa orang yang kita lantik adalah profesional, dari sudut negeri Sarawak kita nak lantik Setiausaha Kewangan Sarawak sebagai ahli lembaga pengarah.
“Mengikut Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) ia memerlukan pindaan kepada Ordinan LHDN dan saya yakin ini akan dibuat bahkan sedang dilaksanakan dan kita akan menghantar setiausaha kewangan negeri menjadi wakil kita,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahli Lembaga Pengarah LHDN
#LHDN
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan