awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejatuhan ringgit disebabkan anomali luaran - Ahli ekonomi

Bernama
Bernama
05/09/2018
12:20 MYT
Kejatuhan ringgit disebabkan anomali luaran - Ahli ekonomi
Prestasi mata wang tempatan yang semakin merosot itu berkait rapat dengan kejadian yang berlaku dalam ekonomi luar. - REUTERS/Fail
Penyusutan ringgit kepada RM4.1460 ketika ditutup hari ini disebabkan terutama oleh anomali luaran dan bukan faktor domestik, kata pakar ekonomi.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi mata wang tempatan yang semakin merosot itu berkait rapat dengan kejadian yang berlaku dalam ekonomi luar.
"Kita telah melihat Afrika Selatan jatuh ke dalam kemelesetan, Bank Pusat Argentina menaikkan kadar faedah asasnya kepada 60 peratus minggu lalu dan ketegangan perdagangan yang dicetuskan AS.
"Semua ini menjejaskan keyakinan pasaran dan ini bermakna permintaan bagi mata wang selamat seperti dolar dan yen akan meningkat," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Afzanizam berkata, daya tarikan mata wang selamat akan melemahkan mata wang negara baru muncul, termasuk ringgit.
Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, satu kemungkinan mengapa ringgit merosot berbanding dolar US adalah pertumbuhan eksport Malaysia yang lebih perlahan ke Amerika Syarikat tahun ini.
"Pertumbuhan yang lebih perlahan itu disebabkan kenaikan tarif oleh AS sejak awal tahun ini dan ada kemungkina ringgit akan jatuh lagi kepada RM4.20 bagi setiap dolar pada akhir tahun," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmed Razman Abdul Latiff
#Amerika Syarikat
#dolar
#ekonomi
#mata wang
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#ringgt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan