awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan Wall Street dorong Bursa dibuka tinggi

Bernama
Bernama
28/07/2025
03:50 MYT
Kenaikan Wall Street dorong Bursa dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.03 mata atau 0.26 peratus kepada 1,537.79 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Dagang News
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Ringkasan AI
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari Isnin, dipacu oleh prestasi positif Wall Street dan sokongan daripada pendapatan korporat AS serta petunjuk perdagangan yang optimistik.
  • FBM KLCI meningkat kepada 1,537.79 dengan pasaran keseluruhan menunjukkan sentimen positif, di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi dan jumlah dagangan bernilai RM110.09 juta.
  • Saham wajaran tinggi seperti Maybank, CIMB dan IHH Healthcare mencatat kenaikan, manakala sektor kewangan dan tenaga turut meningkat, namun sektor perladangan mencatat penurunan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.03 mata atau 0.26 peratus kepada 1,537.79 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.29 mata kepada 1,538.05.
Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 224 kaunter untung mengatasi 133 kaunter rugi. Sebanyak 293 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 182.48 juta saham bernilai RM110.09 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi secara keseluruhan, disokong oleh prestasi pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan petunjuk perdagangan yang positif berikutan Presiden AS Donald Trump memberi bayangan bahawa lebih banyak perjanjian akan dimuktamadkan sebelum tarikh akhir 1 Ogos.
Di peringkat serantau, katanya Indeks Hang Seng Hong Kong merosot berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan selama lima hari.
"Dalam negara, kami menjangka pasaran mendatar buat sementara waktu dan akan menyambung semula untuk mencatat kenaikan.
"Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.58, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.30, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing naik dua sen kepada RM6.77 dan RM6.68 manakala Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM13.56.
Dalam senarai yang diniagakan secara aktif, YTL Corporation naik lapan sen kepada RM2.56, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada empat sen, Ekovest menambah satu sen kepada 41 sen manakala NexG dan TWL Holdings, masing-masing mendatar pada 52.5 sen dan 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 30.82 mata kepada 11,537.64, Indeks FBMT 100 naik 29.54 mata kepada 11,299.26 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 21.54 mata kepada 11,550.49.
Indeks FBM 70 naik 43.30 mata kepada 16,650.87 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.64 mata kepada 4,643.66.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.89 mata kepada 17,499.12, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.28 mata kepada 157.42 dan Indeks Tenaga meningkat 0.13 mata kepada 739.98.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan merosot 4.36 mata kepada 7,430.43.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#Wall Street
#pendapatan korporat AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan