awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan OPR BNM dibuat berdasarkan pendekatan berhemat - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
26/04/2025
01:20 MYT
Keputusan OPR BNM dibuat berdasarkan pendekatan berhemat - Amir Hamzah
BNM membuat keputusan untuk mengekalkan kadar pada 3.0 peratus dan rangka kerja luar jangka Malaysia sekiranya berlaku lebih banyak ketidaktentuan dan turun naik pasaran pada masa depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dalam menangani Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai instrumen dasar berkuasa yang perlu digunakan hanya apabila keadaan memerlukan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata susulan kadar OPR yang rendah pada 1.75 peratus semasa pandemik COVID-19, BNM telah mengambil pendekatan berhemat dan secara berperingkat untuk menaikkan kadar berbanding negara lain yang bertindak balas dengan kenaikan agresif untuk menangani inflasi.
"BNM juga menaikkan kadar, namun ia dinaikkan secara berhemat, dan mencapai kadar yang agak akomodatif pada 3.0 peratus yang mana selesa bagi perniagaan untuk masih terus boleh beroperasi," katanya semasa Forum Kepimpinan ASEAN di Washington, DC, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan BNM untuk mengekalkan kadar pada 3.0 peratus dan rangka kerja luar jangka Malaysia sekiranya berlaku lebih banyak ketidaktentuan dan turun naik pasaran pada masa depan.
Beliau berkata inflasi keseluruhan, yang mencecah 1.8 peratus tahun lepas, telah susut kepada 1.4 peratus pada Mac tahun ini, menunjukkan bahawa inflasi negara terkawal.
"Kadar (OPR) berada pada 3.0 peratus sekarang. Tiada tekanan untuk kerajaan pada masa ini pada kadar itu," kata Amir Hamzah semasa sesi soal jawab pada forum anjuran Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) itu.
"Bagaimanapun, jika keadaan menjadi sukar, adakah ada instrumen untuk dipertimbangkan? Ya, ia ada, tetapi kami tidak mengambil keputusan secara dahuluan," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM ketiga dijadual diadakan pada 8 Mei 2025, yang akan membuat keputusan mengenai OPR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#OPR
#Amir Hamzah Azizan
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan