awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan sambut baik projek ECRL diteruskan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
12/04/2019
07:41 MYT
Kerajaan Kelantan sambut baik projek ECRL diteruskan
Mohd Amar juga berharap lima projek besar yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini diteruskan. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk menyambung kembali projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tergantung sejak Julai tahun lepas.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, projek berkenaan dilihat mampu memberi impak besar kepada penduduk Pantai Timur, khususnya Kelantan, kerana dapat membangunkan ekonomi negeri.
“Projek ECRL, kalau jadi, Alhamdulilah. Kita tidak berubah pendirian. Kita mengalukan-alukan projek yang boleh membangunkan negeri dan memwujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan," katanya di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan, banyak kebaikan sekiranya ECRL diteruskan, bahkan ia dapat merancakkan ekonomi antara pantai timur dan barat.
Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan projek ECRL diteruskan semula dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion bagi Fasa 1 dan 2.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung pengurangan kos asal dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion itu berjaya dicapai setelah Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communication Construction Company Ltd sepakat memeterai satu perjanjian tambahan.
Mohd Amar juga berharap lima projek besar yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini diteruskan.
Katanya, projek besar berkenaan turut dilihat mampu memberi perubahan kepada negeri Kelantan.
Mac lepas, Kerajaan Persekutuan memaklumkan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk pembangunan di Kelantan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Ia melibatkan peruntukan lima projek pembangunan yang akan diberi keutamaan termasuk membesarkan dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa; Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Jambatan Palekbang dan Jalan Raya Pasir Puteh-Machang-Jeli
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Daim Zainuddin
#ECRL
#ekonomi
#Infrastruktur
#Kelantan
#kerajaan Persekutuan
#Laluan Keretapi Pantai Timur
#lima projek besar
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Malaysia Rail Link Sdn Bhd
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pantai Timur
#projek pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan