awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus fokus pemerkasaan Bumiputera

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2018
11:02 MYT
Kerajaan terus fokus pemerkasaan Bumiputera
Dr Mahathir menegaskan pentingnya daya keluaran produktiviti dinaikkan untuk memastikan peningkatan kuasa beli. - fotoBERNAMA
Kerajaan akan terus melaksanakan Reformasi Agenda Pemerkasaan Bumiputera, dengan penegasan diberi kepada inisiatif untuk melakukan perubahan minda yang positif selain penerapan nilai-nilai murni.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang meneliti 63 resolusi yang dihasilkan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) yang diadakan pada 1 September lalu.
“Kerajaan akan memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dapat membentuk generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral integriti serta sikap rajin berusaha,” kata beliau sewaktu sesi pembentangan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Parlimen, hari ini.
Beliau turut menegaskan pentingnya daya keluaran produktiviti dinaikkan untuk memastikan peningkatan kuasa beli.
"Ini boleh dicapai melalui latihan kecekapan dan pengurusan yang lebih cekap dan bagi sektor pembuatan, penggunaan mesin dan teknologi yang moden dan canggih termasuk robotik dan automasi akan dipergiat," katanya.
Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11 2016-2020 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof.
Ia pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia pertama bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Dr Mahathir turut menggariskan enam tonggak utama dalam pembentangan kali ini. Penekanan baharu dan keutaaman akan difokuskan:
* Pertama: Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam;
* Kedua: Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat;
* Ketiga: Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang;
* Keempat: Memperkasa modal insan;
* Kelima: Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau;
* Keenam: Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
Topic Berkaitan
#agenda
#Belanjawan 2019
#Bumiputera
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#integriti
#kesejahteraan rakyat
#merancak ekonomi
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#perkhidmatan awam
#pilihan raya umum
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan