awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah Nasional catat untung sebelum cukai RM1.56 bil pada 2016, umum dividen

Bernama
Bernama
13/01/2017
12:31 MYT
Khazanah Nasional catat untung sebelum cukai RM1.56 bil pada 2016, umum dividen
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar (kanan) bersama membentangkan laporan Prestasi Kewangan dan Strategik bagi tahun 2016 dan Prospek 2017 di Khazanah Nasional Menara Berkembar Petronas hari ini. - Foto Bernama
Khazanah Nasional Bhd, yang mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM1.56 bilion pada 2016, naik 32 peratus berbanding RM1.18 bilion pada 2015, mengumumkan dividen sebanyak RM650 juta.
Bagaimanapun, portfolio nilai aset boleh direalisasi susut sebanyak 3.4 peratus kepada RM145.1 bilion setakat 31 Dis, 2016 daripada RM150.2 bilion tahun lepas, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar hari ini.
Cabang pelaburan kerajaan itu membuat pelaburan berjumlah RM6.9 bilion pada 2016, dengan tumpuan terhadap inovasi dan teknologi serta keuntungan jualan sebanyak RM2.6 bilion tahun lepas.
Pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata persekitaran pasaran dan perniagaan global yang tidak menentu serta kompleks dijangka berterusan pada 2017. -- Bernama
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#keuntungan sebelum cukai
#khazanah nasional bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan