awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Agung: AirAsia umum beberapa lagi pembatalan penerbangan

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2017
09:18 MYT
Letusan Gunung Agung: AirAsia umum beberapa lagi pembatalan penerbangan
Pihak syarikat penerbangan itu juga akan memaklumkan status penerbangan kepada semua penumpangnya yang terjejas dari masa ke masa. - Gambar fail
Syarikat penerbangan AirAsia hari ini mengumumkan ia terpaksa membatalkan beberapa lagi jadual penerbangannya susulan letusan Gunung Berapi Agung di Indonesia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, AirAsia memaklumkan antara penerbangan yang terlibat termasuklah penerbangan QZ510 dari Kuala Lumpur ke Kolkata, India selain penerbangan AK306 dan AK307 dari Lombok, Indonesia ke Kuala Lumpur dan laluan sebaliknya.
Begitu juga semua penerbangan keluar masuk ke Bali sehingga satu notis baharu dikeluarkan.
BACA: Rakyat Malaysia terkandas di Bali diminta bertenang
Pihak syarikat penerbangan itu juga akan memaklumkan status penerbangan kepada semua penumpangnya yang terjejas dari masa ke masa.
Penumpang juga dinasihatkan sentiasa mengemas kini status nombor telefon dan alamat e-mel untuk dihubungi.
Syarikat itu juga menawarkan penukaran penerbangan, menukar ke masa perjalanan baharu pada laluan yang sama dalam tempoh 30 hari tanpa kos tambahan serta tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Asia
#Bali
#ditangguh
#Gunung Agung
#India
#Indonesia
#Kuala Lumpur
#lapangan terbang ditutup
#nilai
#penerbangan
#tambang murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan