awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT pelbagaikan pelaburan, tidak tumpu kepada satu entiti

Najib Aroff
Najib Aroff
14/03/2023
23:30 MYT
LTAT pelbagaikan pelaburan, tidak tumpu kepada satu entiti
LTAT juga tidak melihat kepada kelas aset baharu sebaliknya menumpukan kepada empat aset kelas sedia ada iaitu ekuiti, pendapatan tetap, hartanah dan pasaran wang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak lagi akan menumpukan pelaburan dalam satu aset entiti sebaliknya memilih untuk mempelbagaikan risiko pelaburan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman, strategi itu adalah bagi menjamin kelangsungan badan persaraan itu.
“Ketika ini suku pelaburan kita tertumpu kepada sebuah syarikat iaitu Boustead Holdings, lebih kurang 50 peratus pendedahan dalam syarikat itu.
“Kita perlu pelbagaikan selera risiko pelaburan, malah dalam kelas aset tertentu juga, ia turut akan dipelbagaikan melibatkan pelaburan dalam beberapa buah syarikat, aset dan portfolio.
“Penumpuan dalam satu entiti bukan amalan terbaik untuk pengurus dana persaraan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Menurut Ahmad Nazim, LTAT juga tidak melihat kepada kelas aset baharu sebaliknya menumpukan kepada empat aset kelas sedia ada iaitu ekuiti, pendapatan tetap, hartanah dan pasaran wang.
Mengikut Peruntukan Strategik Aset (SAA), LTAT memberikan tumpukan 50 peratus kepada ekuiti awam, 20 peratus dalam pendapatan tetap, 10 peratus dalam ekuiti swasta, 10 peratus dalam hartanah dan baki 10 peratus dalam sektor strategik dan pasaran wang.
Topic Berkaitan
#LTAT
#pelaburan
#Ahmad Nazim Abdul Rahman
#dana persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan