awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAB muktamad pembelian enjin LEAP-1B

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
22/09/2016
08:16 MYT
MAB muktamad pembelian enjin LEAP-1B
Perdana Menteri (tengah) bersama Pengerusi General Electric, Jeff Immelt (berdiri, dua kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU pembelian enjin LEAP 1B dan kerjasama pembangunan dan pembaikan berterusan GE dengan MAB hari ini. - Foto Bernama
Malaysia Airlines Berhad (MAB) memuktamadkan perjanjian pembelian dengan Syarikat CFM International untuk enjin LEAP-1B bagi menambah kuasa pesawat Boeing 737 MAX miliknya.
Enjin dikeluarkan anak syarikat General Electric (GE) itu bernilai lebih RM2.6 bilion (AS$630 juta) pada harga semasa.
Enjin berkenaan akan digunakan pada 25 pesawat Boeing 737 MAX dan dijadualkan dihantar mulai 2020.
Enjin generasi baru LEAP mempunyai pelbagai kelebihan, termasuk lebih aerodinamik dan mampu menjimatkan bahan api sebanyak 15 peratus yang turut menyumbang kepada pengurangan pembebasan karbon dioksida kepada ruang angkasa, selain kos penyelenggaraan rendah.
Selain itu, MAB turut mendapat hak pembelian tambahan 25 pesawat Boeing 737 dikuasakan enjin LEAP-1B.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MoU ditandatangani antara Presiden dan CEO GE Asean Wouter Van Wersch, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap CEO MAS, Peter Bellew dan Pengurus Besar Jualan Asia Pasifik untuk CFM International Chris Drewer.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi MAB, Tan Sri Mohd. Nor Mohd. Yusof dan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GE, Jeff Immelt.
Pada majlis sama, MAB menandatangani MoU dengan General Electric International Inc (Malaysia) untuk kerjasama berterusan dalam bidang pembangunan kepimpinan.
Topic Berkaitan
#Boeing 737 Max
#Chris Drewer
#enjin LEAP-1B
#GE
#General Electric
#MAB
#Malaysia Airlines Berhad
#Najib Razak
#peter bellew
#Wouter Van Wersch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan