awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB fail tuntutan caj tertunggak penerbangan RM78 juta terhadap AAX

Bernama
Bernama
22/10/2020
22:28 MYT
MAHB fail tuntutan caj tertunggak penerbangan RM78 juta terhadap AAX
MAHB tuntut RM78.16 juta caj tertunggak daripada AirAsia X yang gagal dikutip di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal dikutip syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengendali lapangan terbang itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), telah memfailkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat penerbangan itu.
"Caj tertunggak penerbangan itu terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat, caj kaunter daftar masuk, caj pendaratan dan caj bayaran lewat," kata MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pada Khamis.
Sebagai sebahagian daripada tuntutan itu, MASSB juga meminta perintah bagi hak memegang harta berterusan dan berkontraknya ke atas harta pengguna AAX di KLIA dan hanya akan diunaskan apabila dijelaskan sepenuhnya oleh syarikat penerbangan itu daripada jumlah keseluruhan hutang.
Menurut MAHB, harta pengguna itu termasuk mana-mana pesawat, peralatan, aksesori, kenderaan, kelengkapan dan/atau sebarang harta lain milik dan/atau di bawah kawalan AAX atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Airasia X
#MAHB
#KLIA
#penerbangan Malaysia
#Sepang
#pesawat
#saman
#penerbangan
#undang-undang
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd MASSB
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan